Friday, October 1, 2010

Mati Itu Pasti Tapi Janganlah Di Minta-minta



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim


Huraian Dan Pengajaran Hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Monday, July 12, 2010

Angelina Relakan Anaknya Belajar Islam

PASANGAN pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.[Mstar]



Thursday, June 24, 2010

Banjir Kilat Melanda Johor Baharu

BANJIR KILAT... Kakitangan kerajaan dan orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan Johor Baharu, di Jalan Ayer Molek terpaksa menunggu sehingga air surut akibat banjir kilat di bandaraya Johor Baharu, petang tadi. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) Lokman Sulaiman ketika dihubungi berkata banjir kilat berlaku selepas hujan lebat kira-kira dua jam mulai pukul 4 petang. Selain Wisma Persekutuan, Lokman berkata banjir tersebut turut menjejaskan beberapa bangunan di Jalan Ayer Molek termasuk Menara Tabung Haji dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu. Kawasan lain yang turut terjejas adalah Jalan Skudai, Kampung Pasir, Jalan Yahya Awal dan Majidee. MBJB katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kejadian itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. - Foto BERNAMA

Friday, June 18, 2010

Traffic Blog Tiba-tiba Naik Mendadak

Salam semua..Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya yang memang saya akui adalah sedikit sebanyak saya copy paste bahannya dari sumber yang lain.Memang niat saya begitu untuk menjadikan blog ini sebagai sumber berita menarik yang saya kumpulkan sebagai arkib.



Dah lama tak updated blog.Semalam bila terbaca berita di mStar mengenai berita perceraian Tuanku Sultan Brunei dengan Azrinaz Mazhar saya membuka entri mengenainya.Tak sangka pulak traffic ke blog saya tetiba meningkat.Selalunya tak pernah cecah 50 pun sehari..tapi alhamdulillah..Kebanyakan traffic datangnya dari negara Brunei.Mungkin ramai rakyat di sana berminat ingin mengetahui dan mula mencari dalam carian Google.Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan membacanya.



Thursday, June 17, 2010

Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar di ceraikan dengan talak satu.


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Sumber: mStar

Wednesday, May 12, 2010

Berpantang Maut Sebelum Ajal






Pesawat Libya Terhempas: Kanak-kanak 8 tahun Mangsa Tunggal Terselamat



TRIPOLI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun warga Belanda adalah satu-satunya mangsa yang terselamat daripada 104 penumpang Afriqiyah Airways, yang terhempas di lapangan terbang Tripoli di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan Libya, Mohammed Ali Zidan, berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

“Nyawanya tidak terancam. Satu-satunya mangsa yang terselamat dan kini berada di Hospital Tripoli,” kata pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Stesen televisyen Libya melaporkan usaha-usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan ke atas pesawat Airbus A330 Syarikat Penerbangan Afriqiyah yang sedang mendarat dari Johannesburg, Afrika Selatan apabila ia terhempas pada kira-kira pukul 6 pagi.

Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa-mangsa terselamat atau punca nahas tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu melalaui laman webnya.

"Afriqiyah Airways mengumumkan bahawa penerbangan 8U771 kami menemui nahas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata kenyataan itu.

"Pada peringkat ini, kami belum mendapat sebarang maklumat mengenai bilangan korban atau mangsa terselamat," katanya.

Menurut maklumat yang kami terima terdapat 93 penumpang dan 11 kru yang mengikuti penerbangan tersebut.

Pihak berkuasa sedang menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Ketua Parlimen Eropah, Jerzy Buzek berkata beliau telah dimaklumkan bahawa 100 orang yang menaiki pesawat berkenaan terbunuh dan hanya seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang terselamat disifatkan sebagai satu 'keajaiban'. - AP


***Biarpun mangsa yang terselamat mungkin bukan beragama islam..tapi pada saya Allah menunjukkan kehebatannya mengatasi akal manusia..jika kita menganggap kapalterbang adalah binaan tercanggih manusia pun boleh terhempas..bagaimana dengan ciptaan Allah jika Allah tidak mahu seseorang itu mati lagi maka berlakulah keajaiban di mata manusia..berpantang maut sebelum ajal.
Related Posts with Thumbnails