Monday, March 22, 2010

Tiger Wood..Tiger Wood..


Tiger Woods akui hidup dalam kepura-puraan

LOS ANGELES: Tiger Woods berkata beliau "hidup dalam kepura-puraan" sehinggalah mampu menerima hakikat perbuatannya itu "menyakiti ramai insan lain" termasuk isteri dan keluarga, lapor ESPN.

Dalam temubual pertama sejak skandal seks menghancurkan imejnya, pemain golf itu berkata beliau menyedai hakikat buruk itu dengan bantuan pakar terapi.“Saya hidup dalam kepura-puraan, sungguh. Saya melakukan banyak perkara yang menyakiti ramai insan lain," katanya kepada wartawan ESPN, Tom Rinaldi, dalam temubual pertama di depan kamera sejak kemalangan kereta di depan kediamannya di Florida November tahun lalu. Beliau juga ditemubual The Golf Channel secara berasingan.

Woods sebelum ini mengumumkan akan kembali beraksi di kejohanan The Masters awal bulan depan selepas empat bulan mengasingkan diri.

Kali terakhir beliau bermain ialah apabila menjuarai kejohanan Masters Australia pada pertengahan November tahun lalu.

Woods juga memberitahu ESPN beliau sedang membina semula kehidupannya.
Ditanya bagaimana isterinya Elin menerima perbuatannya itu, Woods berkata:

"Beliau terluka, amat terluka. Terkejut. Marah. Beliau berhak berasa demikian dan saya kecewa seperti mana juga orang lain, dengan perangai saya dan tidak percaya saya berbuat demikian terhadap orang yang saya sayangi" - AFP

0 comments:

Post a Comment

Your Comments Always The Best For Me..

Related Posts with Thumbnails