Thursday, March 18, 2010

Jangan Ganggu "PRIVASI" Orang Lain


KUALA LUMPUR: Sembilan wartawan hiburan tempatan hari ini membuat laporan polis mendakwa gambar-gambar mereka dieksploitasi dan dihina dalam laman web sosial, Facebook.Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, tengah hari tadi Wartawan program Diva@1, Siti Nor Hafiza Kamarudin, berkata gambar-gambar mereka diceroboh dari laman web peribadi masing-masing dan ditulis dengan perkataan yang tak sepatutnya. "Kami berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia menjatuhkan kredibiliti kami sebagai wartawan," katanya. - Bernama


***Pengeksploitasian sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Ia satu tindakan yang tidak wajar kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain. Namun para wartawan tersebut juga perlu menyemak, apakah punca mereka dimarahi? Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Pihak wartawan juga perlu menyampaikan berita dengan adil dan jujur agar tiada pihak yang tidak selesa atau marah, serta tidak menyebabkan wartawan lain turut menerima tempiasnya.Namun pengguna-pengguna Facebook tersebut tidak wajar bertindak sebegitu. Gunakan saluran dan kaedah yang betul untuk menyatakan perasaan tidak puas hati. Bukan dengan emosi.

0 comments:

Post a Comment

Your Comments Always The Best For Me..

Related Posts with Thumbnails