Showing posts with label Negaraku. Show all posts
Showing posts with label Negaraku. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Lagi PILATUS Terhempas..

Foto:Berita Harian

KUALA LUMPUR: Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit yang diperoleh Berita Harian Online daripada seorang pelajar UUM, menunjukkan pesawat kendalian Allahyarham Muhammed Zulrihan menjunam sambil berpusing-pusing di luar kawalan selepas melintas ruang udara Kompleks Sukan UUM dan melakukan aksi aerobatik pendakian menegak.

Pelajar terbabit yang pada mulanya bersorak gembira kerana menyangka aksi itu sebagai sebahagian daripada pertunjukan udara, tergamam apabila pesawat berkenaan tidak muncul selepas melewati perdu pokok di kawasan hutan itu, diikuti beberapa letupan dan kepulan asap hitam di udara.

Ketika kejadian, pengacara majlis masih lagi membacakan butiran pertunjukan udara itu manakala sebilangan pelajar yang menyedari pesawat malang itu sudah terhempas mula bergegas ke kawasan nahas.

Suasana yang sebelum itu ceria lantas bertukar cemas apabila ramai pelajar, khususnya wanita, menyedari mereka baru saja menyaksikan tragedi yang mengorbankan nyawa juruterbang TUDM.

Tuesday, March 23, 2010

Mahsya Kurnea


Gambar Utusan Malaysia


IPOH: Bayi perempuan ditinggalkan dalam keadaan basah kuyup dan menggigil dalam semak belakang sebuah pasar raya, Sabtu lalu, diberi nama Mahsya Kurnea yang membawa maksud 'kurniaan yang hebat'.

Nama berkenaan diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Perak, Datuk Hamidah Osman yang melawat bayi itu di Wad 6C, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Hamidah berkata, beliau berhasrat mengambil bayi itu sebagai anak angkat kerana mahukan anak kecil itu mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya sebuah keluarga. Katanya, bayi itu ditempatkan di HRPB buat sementara waktu dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan apabila keadaannya disahkan sihat.

“JKM akan menunggu selama sebulan sekiranya ada tuntutan daripada keluarga mangsa atau ada pihak yang tampil mengaku bahawa bayi malang itu anaknya.

“Selepas itu, saya akan mengemukakan permohonan rasmi untuk mengambil bayi ini," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

***Harapan agar selepas ini lebih ramai bayi yang tidak diperlukan oleh keluarga mereka di ambil oleh badan tertentu untuk dipelihara dan di beri pendidikan demi masa depan..buat pasangan yang terlanjur mengandung luar nikah..jangan ambil jalan mudah kerana bayi yang dikandung tidak berdosa ..kalian yang berdosa bertaubatlah..anak tersebut kandung dan lahirkan denagn selamat..serah kepada kebajikan masyarakat jika anda tidak mahu bayi itu ..kerana ada pihak yang berminat untuk memelihara dan mengambil sebagai anak angkat.

Sunday, March 21, 2010

Buang Bayi Lagi..


IPOH: Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain ditemui ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.
Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon, berkata bayi yang cukup sifat itudikejarkan ke hospital berkenaan selepas ditemui orang awam pada kira-kira 6 petang.Beliau berkata, bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

***Apa nak jadi Malaysiaku ini..semakin hari semakin menjadi-jadi kes buang bayi ini..

Thursday, March 18, 2010

Blog..Oh Bloggers..Anda Diperhatikan..

101 Aduan Kandungan Laman Web Bagi Tempoh Januari-Februari 2010

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata terdapat 58 aduan bagi kandungan lucah dan 43 aduan bagi kandungan mengancam serta jelik, termasuk laman web atau blog yang menghina sultan.

Daripada jumlah itu, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.

"Terdapat enam kes pendakwaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), yang bertanya mengenai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap penulis blog yang sering menyebarkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Kepada soalan tambahan Ismail berhubung halangan yang dihadapi oleh SKMM dan cadangan untuk melaksanakan tindakan lebih berkesan terhadap penulis blog yang menyiarkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan, Rais berkata, perkara tersebut merupakan persoalan induk kepada kementerian dan semua agensi penguatkuasa yang menjalankkan tugasan mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.

BACA SETERUSNYA..


***Buat sahabat dan rakan bloggers sekalian ..berhati-hati dengan komen dan entri anda..

Jangan Ganggu "PRIVASI" Orang Lain


KUALA LUMPUR: Sembilan wartawan hiburan tempatan hari ini membuat laporan polis mendakwa gambar-gambar mereka dieksploitasi dan dihina dalam laman web sosial, Facebook.Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, tengah hari tadi Wartawan program Diva@1, Siti Nor Hafiza Kamarudin, berkata gambar-gambar mereka diceroboh dari laman web peribadi masing-masing dan ditulis dengan perkataan yang tak sepatutnya. "Kami berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia menjatuhkan kredibiliti kami sebagai wartawan," katanya. - Bernama


***Pengeksploitasian sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Ia satu tindakan yang tidak wajar kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain. Namun para wartawan tersebut juga perlu menyemak, apakah punca mereka dimarahi? Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Pihak wartawan juga perlu menyampaikan berita dengan adil dan jujur agar tiada pihak yang tidak selesa atau marah, serta tidak menyebabkan wartawan lain turut menerima tempiasnya.Namun pengguna-pengguna Facebook tersebut tidak wajar bertindak sebegitu. Gunakan saluran dan kaedah yang betul untuk menyatakan perasaan tidak puas hati. Bukan dengan emosi.

Tuesday, March 16, 2010

"Geng Gondol" Di Tembak Mati


Anggota polis menutup mayat anggota kumpulan penjenayah kes pecah rumah dan samun lebih dikenali "Geng Gondol" yang ditembak mati oleh sepasukan polis di Kota Puteri, Ijok di sini, hari ini. Tiga anggota kumpulan terbabit merupakan buruan polis sejak sebulan lepas dan dipercayai terbabit dalam dua kes samun di tiga buah rumah di Kuang dua hari lepas. Kesemua yang ditembak berusia antara 26 tahun hingga 32 tahun.-Foto BERNAMA

Monday, March 15, 2010


Elak ke kopitiam tanpa sijil halal Jakim

KUALA LUMPUR 14 Mac – Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka untuk makan atau minum bahan-bahan yang tidak dapat dipastikan, sama ada ia halal atau sebaliknya.

Katanya, Islam amat menitikberatkan soal makanan kerana daripadanya ia akan membentuk sahsiah, peribadi dan jati diri seseorang.

“Semuanya ini terpulang kepada kesedaran umat Islam sendiri. Dalam soal makanan, kita harus lebih berhati-hati, peka dan prihatin kerana makanan ini yang akhirnya menjadi darah daging kita.

BACA SETERUSNYA..

Kesian..Nasib Tetap Baik..

Budak melecur ketika selamat diri: Mohamad Amirun melecur di beberapa bahagian badan, termasuk di kepala akibat terkena bahang api ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, di Ipoh, awal pagi semalam.- Foto Muhaizan Yahya

Lagi..Lagi Buang Bayi..

Mengapa nilai kemanusiaan tiada lagi..
di buang ibarat sampah tanpa ada rasa bersalah kah?



SEORANG anggota polis melihat keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui berhampiran surau di sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Mayat bayi baru lahir itu ditemui di dalam bekas plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput kira-kira jam 6.30 pagi tadi. - Foto Bernama

Tahniah..Malaysia Boleh..

Juara Seluruh England: PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Seluruh England edisi ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19 dalam perlawanan akhir di Arena Kebangsaan di Birmingham, London, awal pagi tadi. - Foto AP

Sunday, March 14, 2010

Jangan Main Api


ANGGOTA bomba melatih kanak-kanak cara memadam api pada Program Rakan Bomba di Subang Parade Mall, hari ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Related Posts with Thumbnails