Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Tong Sampah Lagi Sasaran Manusia Tidak Berotak


Mayat bayi dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS



KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.



***Memang layak di gelar tidak berotak manusia yang membuang bayi dalam tong sampah..tiada sifat kemanusiaan langsung..walaupun sudah meninggal bayi itu..apa salahnya di sempurnakan jenazah bayi itu..setidaknya tinggalkan di tempat yang lebih baik..bukannya di tong sampah..hina betul orang sebegitu..

Friday, April 2, 2010

Perginya Seorang Bintang



Allahyarham Mior Ahmad Fuad
Foto ehsan:
mStar


KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

"Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.

"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

"Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

"Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana.

-- BERNAMA


**انّا للہ و انّا الیہ راجعون
moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
takziah buat semua ahli keluarga dan sahabat beliau

Related Posts with Thumbnails