Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

Nak Di Buang Atau Di Jual?



GEORGETOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket menjual bayi ketika mengadakan serbuan di kawasan rumah setinggan di Sungai Nibong Kecil, Bayan Baru, Khamis lalu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, berkata mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ada antaranya memiliki pasport tamat tempoh.


“Namun, keadaan mencurigakan apabila wanita warga Indonesia yang sarat mengandung cuba bersembunyi dalam almari bagi mengelak ditahan dan selepas disiasat, wanita itu mengakui anak yang bakal dilahirkannya akan dijual kepada rakyat tempatan,” katanya.


Beliau berkata, wanita berkenaan yang mengandung anak luar nikah dan ditinggalkan kekasihnya mengambil jalan mudah untuk menjual anak yang bakal lahir kepada rakyat tempatan daripada menjaganya sendiri.





Gambar Hiasan


Selain itu, katanya, pihaknya juga mendapati ada beberapa bayi yang baru dilahirkan di setinggan itu dan dipercayai akan dijual kepada rakyat tempatan.

Katanya, pihaknya berjaya menghidu kejadian itu tetapi masih dalam proses mengesan dalang sindiket terbabit.

“Kami akan menghantar wanita berkenaan pulang ke negara asalnya bagi mengelak terbabit dalam sindiket penjualan bayi di negeri ini,” katanya.

Sumber:myMetro



***Dalam kita sibuk memperkatakan tentang isu buang bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini tanpa kita sedari ada pihak lain yang memperdagangkan bayi ini pulak..terfikir juga dari segi kemanusian ada baiknya kerana bayi tidak di buang ibarat sampah..cuma yang sedih nilai manusia sekarang boleh di jual beli pulak..APA NAK JADI DUNIA KU INI??

Monday, April 12, 2010

Tong Sampah Lagi Sasaran Manusia Tidak Berotak


Mayat bayi dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS



KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.



***Memang layak di gelar tidak berotak manusia yang membuang bayi dalam tong sampah..tiada sifat kemanusiaan langsung..walaupun sudah meninggal bayi itu..apa salahnya di sempurnakan jenazah bayi itu..setidaknya tinggalkan di tempat yang lebih baik..bukannya di tong sampah..hina betul orang sebegitu..

Tuesday, March 23, 2010

Mahsya Kurnea


Gambar Utusan Malaysia


IPOH: Bayi perempuan ditinggalkan dalam keadaan basah kuyup dan menggigil dalam semak belakang sebuah pasar raya, Sabtu lalu, diberi nama Mahsya Kurnea yang membawa maksud 'kurniaan yang hebat'.

Nama berkenaan diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Perak, Datuk Hamidah Osman yang melawat bayi itu di Wad 6C, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Hamidah berkata, beliau berhasrat mengambil bayi itu sebagai anak angkat kerana mahukan anak kecil itu mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya sebuah keluarga. Katanya, bayi itu ditempatkan di HRPB buat sementara waktu dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan apabila keadaannya disahkan sihat.

“JKM akan menunggu selama sebulan sekiranya ada tuntutan daripada keluarga mangsa atau ada pihak yang tampil mengaku bahawa bayi malang itu anaknya.

“Selepas itu, saya akan mengemukakan permohonan rasmi untuk mengambil bayi ini," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

***Harapan agar selepas ini lebih ramai bayi yang tidak diperlukan oleh keluarga mereka di ambil oleh badan tertentu untuk dipelihara dan di beri pendidikan demi masa depan..buat pasangan yang terlanjur mengandung luar nikah..jangan ambil jalan mudah kerana bayi yang dikandung tidak berdosa ..kalian yang berdosa bertaubatlah..anak tersebut kandung dan lahirkan denagn selamat..serah kepada kebajikan masyarakat jika anda tidak mahu bayi itu ..kerana ada pihak yang berminat untuk memelihara dan mengambil sebagai anak angkat.

Sunday, March 21, 2010

Buang Bayi Lagi..


IPOH: Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain ditemui ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.
Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon, berkata bayi yang cukup sifat itudikejarkan ke hospital berkenaan selepas ditemui orang awam pada kira-kira 6 petang.Beliau berkata, bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

***Apa nak jadi Malaysiaku ini..semakin hari semakin menjadi-jadi kes buang bayi ini..

Monday, March 15, 2010

Kesian..Nasib Tetap Baik..

Budak melecur ketika selamat diri: Mohamad Amirun melecur di beberapa bahagian badan, termasuk di kepala akibat terkena bahang api ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, di Ipoh, awal pagi semalam.- Foto Muhaizan Yahya

Sunday, March 14, 2010

Jangan Main Api


ANGGOTA bomba melatih kanak-kanak cara memadam api pada Program Rakan Bomba di Subang Parade Mall, hari ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Related Posts with Thumbnails