Showing posts with label Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Gunakanlah Nikmat Allah Sebaiknya..

Gambar ehsan GOOGLE


GUNA pancaindera itu adalah untuk kebaikan dan mencontohinya tetapi kita sering salah mempergunakannya. Mengapa?

Diberi dua mata, tujuan yang pertama adalah untuk melihat kebaikan orang lain dan kedua adalah muhasab kelemahan sendiri.

Diberi hidung untuk menghidu wangi-wangian dan mengelakkan kepada bau busuk pada zahirnya dan menghidu akan kemungkaran pada hakikatnya.

Diberi mulut untuk berkata-kata dan menguatkan senyuman agar menyenangkan hati orang di sekeliling dan yang berurusan dengan kita.

Diberi lidah agar perbanyakkan berzikir dan bertasbih bagi memuji kebesaran Ilahi (bukan untuk berdusta).

Diberi dua telinga, pertama mendengar yang zahir dan kedua mendengar bisikan laduni (awas terhadap bisikan syaitan yang selalu mencelah- kekeliruan).

Sumber

Tuesday, March 30, 2010

Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut


MOSCOW: Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.


Wisma Putra mengesahkan ketiga-tiga pelajar Malaysia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sebaliknya mereka telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.


Ibu-bapa ketiga-tiga pelajar berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai status dan kedudukan anak mereka oleh Wisma Putra.


Pihak berkuasa tempatan berkata, para saksi melihat sekurang-kurangnya dua orang wanita yang dipercayai pengganas telah meletupkan diri mereka dalam sebuah kereta api metro yang sarat dengan penumpang.


Dan Perdana Menteri, Vladimir Putin yang juga bekas presiden Rusia mengisytiharkan perang keatas pihak pengganas yang bertanggungjawab itu.


Ini adalah serangan pengganas yang terburuk di ibu kota Rusia sejak enam tahun lalu. Enam puluh lima lagi penumpang dilaporkan tercedera.


BACA SETERUSNYA

Tuesday, March 16, 2010

Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden

Bendera Negara Sweden

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam. "Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara," katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya. Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh. Pada 10 Mac lalu, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu. "Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia," katanya. - Bernama

Monday, March 15, 2010


Elak ke kopitiam tanpa sijil halal Jakim

KUALA LUMPUR 14 Mac – Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka untuk makan atau minum bahan-bahan yang tidak dapat dipastikan, sama ada ia halal atau sebaliknya.

Katanya, Islam amat menitikberatkan soal makanan kerana daripadanya ia akan membentuk sahsiah, peribadi dan jati diri seseorang.

“Semuanya ini terpulang kepada kesedaran umat Islam sendiri. Dalam soal makanan, kita harus lebih berhati-hati, peka dan prihatin kerana makanan ini yang akhirnya menjadi darah daging kita.

BACA SETERUSNYA..

Sunday, March 14, 2010

Jangan Main Api


ANGGOTA bomba melatih kanak-kanak cara memadam api pada Program Rakan Bomba di Subang Parade Mall, hari ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Related Posts with Thumbnails